TERTUDUH mengaku bersalah di mahkamah. FOTO Muhamaad Razis Ismail
TERTUDUH mengaku bersalah di mahkamah. FOTO Muhamaad Razis Ismail
Oleh Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Warga Vietnam dipenjara 15 tahun di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tuduhan menyebabkan kematian abang iparnya, Disember tahun lalu.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Voo Chi Too, 22, mengaku bersalah terhadap tuduhan.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh ditangkap pada 19 Disember 2015.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Nguyen Troung Han di Semerak, Pasir Puteh pada 8 malam, 18 Disember 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 12:46 PM