MONYET yang didakwa menjalani pembedahan pemindahan kepala.
MONYET yang didakwa menjalani pembedahan pemindahan kepala.
Agensi

Rome: Seorang pakar bedah pelik Itali mendakwa penyelidik di China berjaya menjalankan pembedahan pemindahan kepala ke atas seekor monyet.

Sergio Canavero menarik perhatian media tahun lalu apabila mendedahkan rancangannya melakukan pembedahan pemindahan kepala manusia.

Selepas bekerjasama dengan pasukan perubatan China dan penyelidik di Korea Selatan, Canavero mendakwa rancangan merealisasikan hasratnya semakin hampir selepas kajian dilakukan ke atas monyet, tikus dan mayat manusia.

Dia memberitahu laman web New Scientist: “Orang ramai perlu berhenti memikirkan rancangan itu mustahil. Ia pasti berjaya dan kami sedang berusaha ke arah itu.”

Meskipun New Scientist masih belum melihat kertas kerjanya, ia mendakwa sudah melihat imej dan video prosedur mengerikan yang digambarkan Canavero. Satu imej seolah-olah menunjukkan monyet dengan kepalanya dijahit, menyerupai jahitan dalam filem Frankenstein.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2016 @ 6:14 AM