Oleh Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Peniaga vape didenda RM2,000 di Mahkamah Majistret, di sini, terhadap tuduhan memiliki racun jenis nikotin tanpa kebenaran, November lalu.

Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhd Azahar Safie, 27, mengaku bersalah.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa memiliki racun jenis nikotin 518 mililiter tanpa kebenaran di premis di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, di sini, 11.15 malam, 5 November 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 9 (1) dan dihukum mengikut Seksyen 32 (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 2:40 PM