MENTERI Belia dan Sukan  Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerima cenderahati daripada Emir (kiri) semasa majlis Pelancaran Imej dan Pengumuman Laluan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016.
MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerima cenderahati daripada Emir (kiri) semasa majlis Pelancaran Imej dan Pengumuman Laluan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016.

Kuala Lumpur: Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016 diharapkan terus menjadi medan pasukan baru mencipta nama.

Harapan itu disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL Emir Abdul Jalal ketika mengumumkan pasukan pertama sah bertanding pada LTdL 2016 iaitu One Pro Cycling yang turut tampil buat julung kali dalam sejarah perlumbaan di Malaysia itu.

“Kami merasakan pasukan profesional benua ini istimewa dan mempunyai masa depan cerah. Mereka pasukan pertama profesional benua British yang pertama didaftarkan bersama Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

“LTdL mempunyai sejarah tersendiri dalam menyenaraikan pasukan profesional benua baru seperti Tinkoff dan Slipstream (2007) Carvelo dan ISD (2009) sebelum mereka terus melangkah ke saingan lebih tinggi,” kata Emir.

Jadi Emir berharap One Pro Cycling akan turut mengikut jejak pasukan terdahulu itu.

Tumpuan utama One Pro Cycling adalah dengan kehadiran juara Milan-Sanremo 2011 Matt Goss dari Australia.

LTdL 2016 akan membabitkan penyertaan 20 pasukan yang dijadualkan bermula di utara tanah air bermula 24 Februari hingga 2 Mac.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 9:58 AM