MENTERI Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengisi minyak selepas merasmikan stesen minyak komersil Petronas di Kompleks Bersepadu, Pengerang. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
MENTERI Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengisi minyak selepas merasmikan stesen minyak komersil Petronas di Kompleks Bersepadu, Pengerang. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Oleh Mohamad Fahd Rahmat


Kota Tinggi: PETRONAS dan Kumpulan Dialog-Royal Vopak-State Secretary Incorporated akan terus komited dalam Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang di sini, meskipun menghadapi ketidaktentuan harga minyak dunia ketika ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dua pemain besar dalam projek berkenaan masing masing komited melaburkan AS$27 billion dan RM9 billion.

Katanya, ketidakstabilan harga minyak banyak memberi kesan kepada sektor huluan, manakala pembangunan di Pengerang lebih bersifat hiliran yang kurang menerima tempias akibat senario berkenaan.

"Faktor seperti penawaran minyak dan gas dari Amerika Syarikat, pengeluaran minyak dari Pertubuhan Negara Pengeskport Minyak (OPEC), pelepasan sekatan terhadap Iran serta kadar permintaan yang berkurangan daripada China mengakibatkan situasi bekalan berlebihan.

"Kesannya pendapatan negara pengeluar minyak seperti Malaysia menurun mendadak dan ramai tertanya mengenai kedudukan pelaburan di RAPID sama ada turut sama terjejas," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2016 @ 12:49 PM