ABDUL Rashid (kiri) bersalaman dengan pegawai dan anggotanya selepas sidang media. FOTO Malai Rosmah Tuah
ABDUL Rashid (kiri) bersalaman dengan pegawai dan anggotanya selepas sidang media. FOTO Malai Rosmah Tuah
Oleh Ardyhansah Amat


Kota Kinabalu: Seramai 1,350 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang Persidangan Speaker dan Yang Dipertua Dewan Negara-negara Komanwel ke-23 (CSPOC) yang dijadualkan berlangsung pada 9 Januari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, semua pegawai dan anggota terbabit akan melakukan kawalan keselamatan sekitar Kota Kinabalu bagi memastikan kelancaran persidangan itu yang akan berlangsung selama lima hari.

"Hari ini, semua pegawai dan anggota terbabit menghadiri taklimat penugasan sebagai persiapan awal sebelum bermulanya persidangan tersebut.

"Kawalan keselamatan akan dilakukan membabitkan kawasan perairan, udara dan darat," katanya.

Tambahnya, dianggarkan 50 speaker daripada 49 negara Komanwel akan menyertai CSPOC kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2016 @ 5:57 PM