KOTA KINABALU 03 MAY 2016. Kapal Mega Bakti (MB) yang terlibat dalam Eksesais Pacific Reach 2016 di Jinhae, Korea Selatan di majlis pelepasan tali kapal MB di Jeti Operasi Markas Angkatan Kapal Selam TLDM (MAKS), Teluk Sepangar. NSTP/MALAI ROSMAH TUAH

KOTA KINABALU 03 MAY 2016. Sebahagian ahli keluarga warga TLDM dan anak kapal MB turut hadir di Majlis Pelepasan Tali Kapal Mega Bakti (MB) sempena penglibatan dalam Eksesais Pacific Reach 2016 di Jinhae, Korea Selatan yang berlangsung di Jeti Operasi Markas Angkatan Kapal Selam TLDM (MAKS), Teluk Sepangar. NSTP/MALAI ROSMAH TUAH

KOTA KINABALU 03 MAY 2016. Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayob (tengah) bersama Pengarah Urusan Target Mega Marine Sdn Bhd, Datuk Sofiadin Jaafar (dua dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian warga TLDM dan anak kapal MB di Majlis Pelepasan Tali Kapal Mega Bakti (MB) sempena penglibatan dalam Eksesais Pacific Reach 2016 di Jinhae, Korea Selatan yang berlangsung di Jeti Operasi Markas Angkatan Kapal Selam TLDM (MAKS), Teluk Sepangar. NSTP/MALAI ROSMAH TUAH

Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Buat julung kalinya kapal penyelamat kapal selam, MV Mega Bakti terpilih menyertai Eksesais Pacific Reach 2016 (PR16) di Jinhae, Korea Selatan pada 23 Mei hingga 3 Jun depan.

Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayob berkata, Mega Bakti akan berfungsi sebagai platform sistem menyelamat kapal selam Tentera Laut Amerika Syarikat (TLAS) sepanjang eksesais berkenaan berlangsung.

"Ia satu perkembangan positif bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mana sebelum ini hanya dijemput menjadi pemerihati eksesais membabitkan negara pengendali kapal selam di rantau Asia Pasific.

"Eksesais ini memberi peluang untuk kita meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada kru kapal, pegawai dan anggota TLDM dalam melaksanakan operasi menyelamat kapal selam pada masa akan datang," katanya kepada media selepas melakukan upacara Pelepasan Tali Kapal Mencari dan Menyelamat Kapal Selam Mega Bakti, di sini, pagi tadi.

Tambahnya, seramai 12 pegawai dan anggota TLDM serta 30 kru kapal Mega Bakti terpilih menyertai eksesais tersebut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 1:38 PM