KERJASAMA Emirates dengan Malaysia bermula pada Oktober 1996.
KERJASAMA Emirates dengan Malaysia bermula pada Oktober 1996.

Kuala Lumpur: Emirates Airline yang berpangkalan di Dubai akan memperkenalkan pesawat Airbus A380 terbaharunya dengan dua kelas penumpang untuk penerbangan Kuala Lumpur-Dubai.

“Bermula hari ini, penumpang boleh menikmati keselesaan terbaik dalam pesawat A380 yang akan membuat penerbangan harian,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut syarikat penerbangan itu, A380 itu telah direka untuk menampung 615 penumpang yang dibahagikan dalam dua kelas iaitu 58 tempat duduk di Kelas Perniagaan dan 557 kerusi dalam Kelas Ekonomi.

Perkongsian syarikat penerbangan itu dengan Malaysia bermula pada Oktober 1996 apabila ia melancarkan penerbangan ke Kuala Lumpur dan sekali gus merangsang perdagangan antara Malaysia serta negara lain melalui seluruh rangkaiannya.

Sekarang ini, ia menghubungkan Kuala Lumpur ke Dubai dengan 28 penerbangan seminggu dan penerbangan harian di antara Kuala Lumpur serta Melbourne.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2016 @ 6:28 AM