PEMANDANGAN sempena sambutan tahun baru yang mengujakan di Scotland.
PEMANDANGAN sempena sambutan tahun baru yang mengujakan di Scotland.
PANORAMA indah di Victoria Harbour, Hong Kong yang mempesona.
PANORAMA indah di Victoria Harbour, Hong Kong yang mempesona.
SUASANA mempesona sambutan ambang tahun baru di Kuala Lumpur.
SUASANA mempesona sambutan ambang tahun baru di Kuala Lumpur.
Susunan Suliati Asri


Langit yang berwarna-warni dek percikan bunga api sempena sambutan tahun baru cukup mengujakan.

Keindahan malam yang disajikan saat itu bagaikan tidak tergambar dengan kata-kata. Tidak hairanlah, ramai masyarakat dunia sanggup mengeluarkan kos yang tinggi untuk mengunjungi destinasi sambutan tahun baru.

Kuala Lumpur

Menjelang tahun baru, jalanan di Kuala Lumpur dipenuhi orang ramai yang menunggu ketibaan detik jam 12 tengah malam. Carian data Skyscanner menunjukkan 16 peratus peningkatan rakyat Malaysia berkunjung ke Kuala Lumpur dan ibu kota menjadi meriah serta dipenuhi pelancong.

Ambang Tahun Baru 2016 di Kuala Lumpur semestinya menjanjikan pertunjukan bunga api di sekitar Menara Berkembar PETRONAS di kawasan Taman KLCC seluas 17 ekar.

Pengunjung dari luar Kuala Lumpur disaran bermalam berdekatan menara berkembar itu kerana anda pasti mendapat pemandangan indah untuk melihat bunga api.

Sehingga detik tengah malam juga anda dapat berkunjung ke restoran berdekatan.

Berlin, Jerman

Sambutan tahun baru yang disambut di antara Brandenburg Gate dan Victory Colimn di Berlin juga dikenali sebagai Mile Party cukup meriah.

Di sepanjang dua kilometer dipenuhi dengan khemah, persembahan muzik, lampu dan laser serta pelbagai makanan dan minuman tersedia, malam sambutan tahun baru pastinya cukup menggembirakan.

Selain melihat percikan bunga api, pelbagai persembahan dan pertunjukan termasuk live band.

Hong Kong

Hong Kong menjadi destinasi kegemaran rakyat Malaysia menyambut ketibaan tahun baru kerana panorama indah waktu malam di Victoria Harbour.

Suasana meriah penuh warna-warni bermula dengan pertunjukan bunga api selama lapan minit, diikuti paparan Simfoni Cahaya mengujakan di atas ikon Pusat Konvensyen Hong Kong serta kemuncaknya di Time Square.

Menariknya, pertunjukan bunga api yang boleh dilihat dari mana-mana sahaja di pulau ini yang berlatarbelakangkan pemandangan pelabuhan.

Sama ada melihat persembahan bercahaya itu di sepanjang tebing sungai, dari atas bot di pelabuhan atau di bangunan pencakar langit, perancangan awal sangat penting supaya anda tidak tertinggal menyaksikannya.

Edinburgh, Scotland

Sambutan tahun baru di Edinburgh padat dengan pelbagai acara menarik terutama persembahan band dan kedatangan pengunjung dari seluruh dunia.

Daripada perarakan nyalaan obor, persembahan teater dan konsert hingga ke parti jalanan secara besar-besaran, sambutan termasyhur itu antara pesta yang dipaparkan di ‘Discovery Channel’s Top 25 World Travel Experiences’.

Hogmanay di Edinburgh ini juga sering diadakan sambutan dengan muzik tradisional Scotland di Bandar Lama. Ketika jam menghala ke tengah malam, nyanyian lagu Auld Lang Syne dengan tangan berpegangan dalam bulatan upacara biasa di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2015 @ 11:51 AM