Oleh Norhadiani Baharom


Berikutan sambutan hangat terhadap kuiz konsert Krisdayanti Live In KL 2014, penganjur dan penaja konsert berkenaan, One Drop Perfumes Sdn Bhd berbesar hati untuk menambah jumlah hadiah kepada 25 pemenang berbanding 10 pemenang sebelum ini.

Dalam kuiz yang bermula di akhbar ini sejak minggu lalu, ribuan penyertaan diterima dan penyertaan di luar jang­kaan itu menyebabkan pihak One Drop Perfumes membuat keputusan untuk menambah jumlah pemenang.

Setiap pemenang layak mendapat dua keping tiket bagi menyaksikan konsert berkenaan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur jam 8.30 malam, Sabtu ini.

Sehubungan itu, pemenang perlu menebus tiket berkenaan di kaunter Harian Metro berdekatan pintu masuk Plenary Hall, KLCC mulai jam 6 hingga 7 petang, Sabtu ini.

Sementara itu, tawaran pembelian tiket 'Beli satu percuma satu' masih dibuka dan pembaca hanya perlu membawa iklan Krisdayanti Live in KL 2014 yang disiarkan Jumaat lalu (14 Nov) atau keratan artikel Krisdayanti dan anaknya, Aurel, diterbitkan Sabtu lalu (15 Nov).

Keratan artikel perlu dibawa bersama sewaktu melakukan pembelian tiket di mana-mana cawangan Ticket Charge seperti yang tertera di iklan konsert ini.

Konsert turut dihangatkan dengan persembahan anak gadis Kris iaitu Aurel dan pe­nyanyi popular tanah air, Hafiz Suip.

Selain One Drop Perfumes selaku penganjur dan penaja, Harian Metro dipilih selaku akhbar rasmi manakala Hot FM sebagai stesen radio rasmi.

Tiket konsert Krisdayanti Live in KL 2014 boleh didapati diwww.ticketcharge.com.my atau hubungi 03-9222 8811 dengan harga bermula RM98 (Bronze), RM328 (Gold), RM428 (Diamond), RM528 (Platinum), RM888 (VIP) dan RM10,88 (VVIP). Tiket juga boleh didapati di Speedy Video seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 November 2014 @ 5:00 AM