BEKAS Miss Universe Paulina Vega, mencabut mahkota daripada Ariadna (kiri) sebelum diserahkan kepada Pia Alonzo (kanan).
BEKAS Miss Universe Paulina Vega, mencabut mahkota daripada Ariadna (kiri) sebelum diserahkan kepada Pia Alonzo (kanan).
AFP

Las Vegas: Pertandingan ratu cantik Miss Universe dimenangi peserta Filipina, namun acara itu berakhir dengan ‘babak’ tidak ubah seperti telenovela disebabkan kesilapan pengacaranya mengumumkan Miss Colombia sebagai pemenang.

Pelawak Steve Harvey tersilap membaca nama ketika pengumuman itu dan mengumumkan Miss Colombia, Ariadna Gutierrez sebagai pemenangnya. Ariadna sempat merasa mahkota diletakkan di kepalanya dan tersenyum riang sambil melambai kepada orang ramai.

Malangnya, beberapa minit selepas itu Harvey membuat pengumuman kedua.

“Minta maaf semua, sebenarnya Colombia ialah naib juara.

“Pemenang Miss Universe 2015 ialah peserta dari Filipina,” katanya sambil disambut iringan muzik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2015 @ 7:02 AM