GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Sebanyak 1,806 kes kemalangan direkodkan di seluruh negara, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, jumlah itu menurun sebanyak 88 kes berbanding kelmarin.

"Bagaimanapun, kes kematian menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 18 kes semalam berbanding 14 kes kelmarin," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Harian Metro terdahulu melaporkan kerajaan akan menyiarkan statistik kematian akibat kemalangan secara 'real time' setiap hari bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata, pelaporan akan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sama seperti pelaporan kes harian jangkitan Covid-19 sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2024 @ 12:09 PM