Kerja menggali liang lahad untuk pengebumian Allahyarham Muhamad Amir di Kampung Felcra Bukit Kepong, malam ini. Gambar/Video Alias Abd Rani
Kerja menggali liang lahad untuk pengebumian Allahyarham Muhamad Amir di Kampung Felcra Bukit Kepong, malam ini. Gambar/Video Alias Abd Rani
Alias Abd Rani


Muar: Waris nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semalam, berharap tiada pihak membuat hantaran yang mengguris hati dan biadab di media sosial berhubung tragedi itu.

Adik kepada Allahyarham Komander Muhamad Amir Mohamad, Marhamah, 36, berkata, walaupun keluarganya tidak mengambil tahu kenyataan mengguris hati yang berlegar di media sosial, mereka memohon jasa baik warganet agar tidak mengeluarkan kata-kata sesuka hati.

"Kami sebenarnya tak ambil pasal itu (status mengguris hati), adalah lebih baik kami bersiap untuk menguruskan jenazah arwah abang.

"Bagi mereka yang buat status seperti itu, saya tidak boleh cakap apa-apa. Itu antara mereka dengan Allah," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Felcra Bukit Kepong di sini, hari ini.

Sejak semalam, beberapa individu memuat naik status yang dikatakan mengguris hati keluarga mangsa nahas tragedi helikopter.

Terdahulu, satu laporan polis dibuat pengamal media susulan paparan jelek dan biadab yang menghina anggota tentera yang terkorban dalam nahas dua helikopter yang terhempas ketika menjalani raptai di ruang udara Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut semalam.

Laporan polis itu dibuat malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Perak ke atas pemilik akaun X yang menggunakan nama Saifuddin Shafik.

Sementara itu, rumah keluarga Allahyarham Muhamad Amir tidak putus-putus dikunjungi sanak saudara yang menunggu ketibaan jenazah dijangka pada 10 malam ini.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felcra Bukit Kepong.

Berita Berkaitan

Kakak Faisol mohon jenazah adik dibawa pulang ke rumah sebentar

'Arwah bagi tahu sebelum dia pencen, dia teringin nak naik helikopter'

Menteri-Menteri Besar rakam takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter terhempas di Lumut

'Jenazah ibu sempurna' - Anak Noor Rahiza

'Cikgu pegang tangan sambil menangis, beritahu mama dah meninggal dunia'

Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan

'Yang baik selalunya 'pergi' dulu'

'Sepatutnya hari terindah tapi disambut berita sedih' - Adik Komander Muhamad Amir

'Mendiang abang baru berkahwin, hari ini kami terima berita menyedihkan'

Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk babitkan helikopter

'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu' - Bapa saudara

Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga

Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah

Keluarga Komander Muhammad Firdaus mohon diberikan ruang bertenang

Senarai penuh mangsa nahas helikopter TLDM

Henti spekulasi nahas helikopter TLDM, serah pihak berkuasa siasat - Fadillah

'Saya tidak dengar bunyi letupan, tiada percikan api'

'Adik kemas rumah, memasak di pagi raya' - kenangan terakhir bersama Noor Rahiza

'Kawan ma cakap ma sudah tak ada'

'Saya buat pengecaman dua kali... Saya lihat wajah anak tenang seperti tidur'

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 7:46 PM