ARWAH Mohamad Amir. FOTO Ihsan Pembaca
ARWAH Mohamad Amir. FOTO Ihsan Pembaca
BERNAMA

Segamat: Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang menjadi tulang belakang keluarga, sebagai satu kehilangan besar.

Mohamad Borak, 71, bagaimanapun berkata, mereka sekeluarga reda dengan kehilangan anak keduanya itu walaupun arwah individu yang banyak membantu adik-adiknya terutama dari segi kewangan.

Menurutnya, perkara yang akan paling diingati tentang arwah adalah ketegasan terhadap adik-adiknya lebih-lebih lagi dalam aspek pelajaran selain selalu berpesan supaya mereka belajar bersungguh-sungguh.

"Arwah selalu bantu keluarga dari segi kewangan, sara bantu pelajaran adik-adik dan kalau saya memerlukan duit dia yang akan menunaikan tanggungjawab itu bagi membantu meringankan beban kami.

"Biasalah…dia tegas dengan adik-adiknya, sebagai abang mestilah tegas," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Felcra Bukit Kepong, Labis, di sini hari ini.

Mohamad yang berbangga dengan pilihan kerjaya anaknya sebagai tentera, berkata kali terakhir mereka berjumpa pada 1 Syawal lepas dan arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan

Sementara itu, adik mangsa, Marhamah Mohamad, 36, berkata, dia tidak menyangka latihan yang disertai oleh abangnya itu adalah raptai terakhir.

Dia yang juga jurutera perisian digital dan anggota Pasukan Simpanan Sukarela TLDM di Johor Bahru, menyifatkan arwah seorang yang tegas, mengambil berat dan bertanggungjawab serta tidak lokek dalam membantu menanggung perbelanjaan sekolah adik-adiknya.

Muhamad Amir, juruterbang pesawat Fennec yang terbabit nahas ketika mengikuti latihan sempena hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut bersama Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139).

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Bukit Kepong, esok

Berita berkaitan

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 11:19 PM