HUSHIM Salleh
HUSHIM Salleh
Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhammad Saufi Hassan dan Nor Syazrina Muhamad Tahir


Kuala Lumpur: Kecenderungan golongan wanita 'mengganggu' lelaki berpunca kurangnya lelaki tulen sekali gus memaksa kaum hawa memulakan langkah drastik sehingga wujud gangguan seksual.

Pakar kaunseling keluarga, Hushim Salleh berkata, trend peningkatan kes gangguan wanita terhadap lelaki atau diklasifikasikan sebagai 'gangguan seksual' ini sudah berlaku sejak tiga hingga lima tahun yang lalu.

"Hari ini bukan sesuatu yang pelik jika wanita mengajak lelaki melakukan hubungan seksual kerana mereka terangsang dengan kepelbagaian maklumat yang tersedia di depan mata.

"Berdasarkan pengalaman saya dalam melakukan kaunseling, kebanyakan wanita ini didorong untuk melakukan tindakan sedemikian kerana kekurangan lelaki tulen atau pasangan yang 'boleh harap.'

"Lelaki memang ramai, namun sebahagian besar daripada mereka sudah berkahwin, sudah ada teman wanita malah wujud segelintir lelaki yang cenderung dengan lelaki saja atau kita panggil sebagai gay," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Sehubungan itu, katanya, lelaki yang berkualiti semakin berkurangan jadi wanita ini melakukan tindakan sedemikian untuk menarik perhatian lelaki yang disasarkan.

"Pada masa sama, Hushim berkata, golongan wanita pada zaman ini terdedah dengan media sosial serta segala jenis maklumat, jadi mereka terangsang untuk mempunyai pasangan sama seperti orang lain.

"Cuba kita lihat contohnya situasi di institusi pengajian tinggi, pelajar wanita kita boleh kata 60 hingga 70 peratus, 30 peratus baki adalah lelaki namun tidak semua lelaki tulen, ada yang lelaki lembut, lelaki suka pada lelaki dan keadaan ini menjadikan lelaki berkualiti itu semakin tandus.

"Tidak semua lelaki memiliki personaliti extrovert, ramai yang jadi introvert sedangkan wanita suka pada lelaki yang berketrampilan daripada aspek personaliti sehingga kepada pergaulan," katanya.

Mengulas berhubung personaliti wanita yang cenderung melakukan gangguan ini, beliau berkata, ia tidak tertumpu kepada satu-satu personaliti saja, ia boleh jadi kepada semua personaliti asalkan mereka didorong untuk mempunyai pasangan serta memiliki lelaki.

Lelaki tak selamat!

Isteri orang turut komen berbaur lucah

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2024 @ 3:03 PM