Beberapa pemilik kenderaan yang diletakkan di Jalan Oc 1/ 2, One Selayang, di sini panik apabila tebing di kawasan parkir di situ runtuh susulan cuaca buruk dan hujan lebat pagi tadi. FOTO Ihsan JBPM Selangor.
Beberapa pemilik kenderaan yang diletakkan di Jalan Oc 1/ 2, One Selayang, di sini panik apabila tebing di kawasan parkir di situ runtuh susulan cuaca buruk dan hujan lebat pagi tadi. FOTO Ihsan JBPM Selangor.
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Gombak: Beberapa pemilik kenderaan yang diletakkan di Jalan Oc 1/2, One Selayang, di sini panik apabila tebing di kawasan parkir di situ runtuh susulan cuaca buruk dan hujan lebat pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 10 pagi.

"Komander operasi melaporkan terdapat runtuhan tanah di bahagian parkir kereta berkeluasan anggaran 1.85 meter persegi (m³) x 0.92 m³.

"Terdapat dua kenderaan yang tersangkut di bahagian tayar belakang namun kejadian itu tidak membabitkan kerosakan struktur bangunan atau mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu satu klip video tular memaparkan kawasan itu dan lokasi berhampiran dinaiki air serta beberapa kereta tersangkut selepas tayar belakang kenderaan berkenaan terjatuh ke dalam mendapan tanah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2024 @ 6:38 PM