MUHAMMMAD Nur Hadith bersama isterinya dan tiga anak ketika menyambut Aidilfitri pada Rabu lalu.
MUHAMMMAD Nur Hadith bersama isterinya dan tiga anak ketika menyambut Aidilfitri pada Rabu lalu.
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: "Saya bersyukur dan lega. Semoga dia dapat hukuman sewajarnya," kata isteri kepada pengawal peribadi yang ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, Selangor, semalam.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Siti Noraida, 28, turut berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semua pihak yang terbabit dalam penahanan suspek berkenaan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan suspek, Hafizul Harawi, 38, yang disyaki melepaskan tembakan di lokasi terbabit ditahan hari ini, selepas lebih 36 jam melarikan diri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang mengesahkan tangkapan itu memaklumkan suspek ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas ditembak oleh suspek yang mahu melepaskan dua dasa tembakan ke arah isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

Bagaimanapun, satu tembakan itu tersasar, manakala satu lagi tembakan mengenai pengawal peribadi isterinya yang berada di lokasi kejadian.

Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera di bahagian perut dan dilaporkan dalam keadaan kritikal dengan ditidurkan akibat kecederaan terbabit.

Pengawal peribadi perlu jalani pembedahan lagi

Suami kritikal lepas ditembak!

'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan

Isteri pengawal peribadi tak sangka suami ditembak pada bulan Syawal

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2024 @ 6:56 PM