Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Sepang: Setiap kontinjen polis negeri sudah digerakkan bagi mengesan suspek kes tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi amaran kepada suspek, Hafizul Harawi, 38, supaya memberi kerjasama dan menyerahkan diri di mana-mana balai polis.

"Semua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah kontinjen terdekat dan bersempadan dengan negara jiran kita telah gerakkan (bagi mengesan suspek).

"Jadi kepada saudara Hafizul saya sarankan datang ke mana-mana balai menyerah diri dengan aman, jangan kita ikut amarah kita dia akan memburukkan lagi keadaan," katanya.

Menurutnya, kejadian yang berlaku pada pagi tadi sudah pun terjadi justeru beliau menasihatkan suspek terbabit supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Terdahulu Harian Metro melaporkan bunyi tembakan menggemparkan pengembara dan kakitangan di KLIA Terminal 1 di sini awal pagi tadi dipercayai cubaan bunuh ke atas seorang wanita tempatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku di tingkat 3, balai ketibaan KLIA 1, di sini kira-kira jam 1.15 pagi tadi.

Berita berkaitan

Peguam nasihat tak keluar kenyataan - Farah Cie

Polis pantau sempadan elak suspek kes tembak di KLIA lolos

Isteri pengawal peribadi tak sangka suami ditembak pada bulan Syawal

Pengawal peribadi ditembak terpaksa ditidurkan

Suspek miliki 3 rekod jenayah lampau

Kejadian tembak di KLIA bersifat peribadi - Polis

'Doakan pengawal peribadi saya'

1 cedera terkena tembakan di KLIA

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2024 @ 11:38 AM