Keadaan hutan tanah gambut yang terbakar di kawasan Jabatan Pertanian Inderapura, Kuantan. FOTO JBPM Pahang
Keadaan hutan tanah gambut yang terbakar di kawasan Jabatan Pertanian Inderapura, Kuantan. FOTO JBPM Pahang
Asrol Awang


Kuantan: Kira-kira 23 daripada 30 hektar hutan tanah gambut yang terbakar di kawasan Jabatan Pertanian Inderapura, di sini sejak kelmarin sudah dipadamkan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, setakat ini, keluasan hutan tanah gambut yang masih terbakar berbaki kira-kira tujuh hektar.

Katanya, operasi pemadaman membabitkan 13 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas.

"Operasi memadam kebakaran itu dilakukan untuk memastikan ia tidak merebak ke kawasan lain," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Keseluruhan kawasan hutan Jabatan Pertanian itu dianggar berkeluasan 200 hektar dan terdedah kebakaran berikutan cuaca panas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mac 2024 @ 5:17 PM