FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Kejadian kemalangan jalan raya mencatatkan peningkatan lebih dua kali ganda apabila merekodkan 1,908 kes di seluruh negara semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Saperi berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 709 kes berbanding 1,199 kes yang dicatatkan kelmarin.

"Jumlah kematian juga mencatatkan peningkatan sebanyak tujuh kes apabila merekodkan 16 kematian semalam berbanding sembilan kematian kelmarin," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kerajaan akan menyiarkan statistik kematian akibat kemalangan secara 'real time' setiap hari sebagai langkah baru bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata, tindakan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan pelaporan yang akan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu adalah sama seperti pelaporan kes harian jangkitan Covid-19 sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mac 2024 @ 1:23 PM