Bukit Broga
Bukit Broga
Oleh Amirul Aiman Hamsuddin


Shah Alam: Tapak rekreasi popular Bukit Broga, Semenyih yang terbakar ditutup sementara bermula hari ini.

Jabatan Perhutanan Selangor menerusi hantaran di Facebook memaklumkan penutupan sementara membabitkan laluan pendakian kawasan itu.

"Ia akan ditutup sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail dilaporkan berkata, kebakaran yang berlaku semalam itu membabitkan kawasan puncak bukit seluas 0.8 hektar.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 2.30 pagi sebelum operasi ditutup 3.30 pagi tadi.

Kebakaran Bukit Broga sudah padam

Bukit Broga terbakar

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2024 @ 1:24 PM