ANGGOTA bomba sedang memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah  berkeluasan 0.4 hektar di Jalan Mahkota Cheras. FOTO Ihsan JBPM
ANGGOTA bomba sedang memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah berkeluasan 0.4 hektar di Jalan Mahkota Cheras. FOTO Ihsan JBPM
Muhaamad Hafis Nawawi

Kajang: Tapak pelupusan sampah dipercayai haram berkeluasan 0.4 hektar di Jalan Mahkota Cheras, di sini, terbakar, semalam.

Setakat ini, operasi pemadaman masih dilakukan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 11.48 pagi semalam.

Menurutnya, pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dibantu BBP Pandan Indah dan BBP Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sampai di lokasi mendapati terdapat kebakaran membabitkan tapak pelupusan sampah haram yang berkeluasan 0.4 hektar.

"Anggota kemudian bertindak memadam kebakaran sejak semalam sebelum disambung ke pagi ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2024 @ 11:35 AM