GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kuantan: Lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di rumah pam Sungai Jempol di Jengka 4, Maran dekat sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata mangsa Mohd Rohaizan Abdullah, 51, dari Felda Ulu Jempol, Maran dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar pada 8 pagi semalam.

"Motosikal milik mangsa ditemukan di dalam kawasan rumah pam itu oleh pekerja rumah pam yang kemudian membuat laporan polis pada 1 tengah hari tadi," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Zulfadli berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan membabitkan sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka, yang melakukan pencarian di permukaan air dan sekitar tebing sungai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 January 2024 @ 7:47 PM