Menteri Kesihatan Sri Lanka Pavithra Wanniarachchi.
Menteri Kesihatan Sri Lanka Pavithra Wanniarachchi.
Agensi

Colombo: Lantang mengkritik kononnya mengamalkan minum sirap herba dibuat bomoh mampu menyembuhkan Covid-19, akhirnya memakan diri apabila Menteri Kesihatan Sri Lanka Pavithra Wanniarachchi apabila disahkan positif virus itu.

Seorang pegawai Kementerian Kesihatan pada Sabtu mengesahkan, Pavithra menjadi pegawai tertinggi, setakat ini, yang dijangkiti virus itu.

Beliau dan kontak rapatnya diminta menjalani kuarantin.

BBC melaporkan, wanita itu adalah menteri keempat yang disahkan positif Covid-19, sebelum ini seorang menteri yang juga mengambil ramuan itu disahkan positif pada awal minggu ini.

Menteri Kesihatan itu secara terbuka meminta orang ramai mengamalkan minum sirap herba sebagai cara menghentikan penyebaran virus.

Bomoh yang mencipta sirap herba itu berisi madu dan buah pala mengatakan resipi itu diberikan kepadanya dalam mimpi.

Doktor di negara itu menolak dakwaan sirap herba itu berfungsi, tetapi agensi berita AFP melaporkan ribuan orang pergi ke sebuah kampung untuk mendapatkannya.

Media tempatan melaporkan, doktor menyatakan tidak ada asas saintifik menyokong pengambilan sirap itu sebagai ubat untuk koronavirus.

Disember lalu, ribuan orang berbaris panjang di bandar Kegalle, timur laut ibu kota Colombo, untuk mendapatkan sirap itu selepas Pavithra dan beberapa pegawai kerajaan lain secara terbuka meminumnya.

Setakat ini, Sri Lanka melaporkan 52,964 kes dengan 278 kematian setakat ini akibat Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 6:58 PM