GAMBAR kenangan Nurul Ain bersama suami. FOTO Ihsan Nurul Ain Haron
GAMBAR kenangan Nurul Ain bersama suami. FOTO Ihsan Nurul Ain Haron
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: "Insya-Allah, saya akan terus membantu rakyat di sana melalui abang ipar saya," itu tekad Nurul Ain Haron, 37, yang kisahnya tular hingga mendapat perhatian meluas sebelum ini kerana terkandas di Gaza, Palestin.

Menurut Nurul Ain, dia sudah berangkat pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 1 Januari lalu.

Bagaimanapun, dia berangkat sendiri kerana suaminya,Mohamed A M Shaat, 33, yang juga warga Palestin pulang lebih awal iaitu pada 29 November lalu.

"Buat masa saya ini, saya tinggal dengan suami dekat rumah sewa di sini. Alhamdulillah, semuanya baik dan keluarga suami juga selamat.

"Cuma, keadaan sangat getir dan Gaza tenat tapi saya akan terus bantu rakyat di sana dengan penjualan buku 'Nurul Ain Gaza' yang dilancarkan pada 7 Disember lalu dan bulan depan 'Dia Anak Gaza'," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu, Nurul Ain dan suaminya, Mohamed KLIA pada 14 November lalu. dengan menaiki pesawat Qatar 4993

Ketibaan mereka disambut bapa Nurul Ain, Haron Hamim, 65, ibunya , Mastura Yusof, 61, bapa saudara, Hassan Yusof, 56, adiknya, Puteri Dania Qistina, 15 dan puluhan pengamal media.

Terdahulu, media melaporkan Nurul Ain dan suaminya selamat dibawa keluar melalui Lintasan Sempadan Rafah pada 12 November lalu 8.23 malam waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia).

Evakuasi itu dapat dilaksanakan dengan berkesan berikutan pertemuan di antara Perdana Menteri dengan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, semasa lawatan kerja beliau ke Mesir pada 23 Oktober lalu serta penyelarasan lanjut oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Kedutaan Besar Malaysia di Amman.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 January 2024 @ 7:02 PM