GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin


Kuala Langat: Kematian lelaki yang terjatuh pada ketinggian tujuh meter di sebuah kilang di Bandar Mahkota, Banting, di sini, kelmarin disahkan tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.38 petang.

"Siasatan mendapati pada 2.22 petang pengadu (penolong pengurus kilang) diberitahu pekerja lelaki tempatan terjatuh dari bahagian dalam 'conveyor' bahan bakar pada ketinggian tujuh meter semasa melakukan kerja-kerja pembersihan.

"Pengadu kemudian pergi ke tempat kejadian dan mendapati mangsa tersangkut di kawasan pagar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, mangsa diberi bantuan awal dan dikejarkan ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan, namun lelaki lelaki berusia 22 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

"Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

"Polis mengklafikasikan kes sebagai kematian mengejut (SDR) membabitkan kemalangan di tempat kerja," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Disember 2023 @ 11:30 AM