POLIS meminta ivdividu terbabit dalam video tular aksi berbahaya di lebuh raya supaya tampil bagi membantu siasatan. FOTO Ihsan Facebook JSPT.
POLIS meminta ivdividu terbabit dalam video tular aksi berbahaya di lebuh raya supaya tampil bagi membantu siasatan. FOTO Ihsan Facebook JSPT.
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Polis buru sekumpulan superman yang tular di media sosial selepas video menunjukkan mereka menunggang secara berbahaya di lebuh raya sebelum terbabas.

Dalam rakaman berdurasi 28 saat itu, penunggang motosikal berkenaan dilihat bersaing sesama sendiri sambil membuat aksi sebelum seorang daripada hilang kawalan dan terbabas.

Insiden menyebabkan beberapa penunggang lain di belakangnya turut terjatuh ketika cuba mengelak rakan mereka yang terbabas.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam satu hantaran di Facebook berkata, kejadian dipercayai berlaku berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, di Lebuhraya Pantai Timur, Temerloh di Pahang.

"Pihak JSPT telah mengarahkan JSPT Pahang untuk mengesan dan menjalankan siasatan terhadap penunggang motosikal yang terlibat.

"JSPT menggesa kepada mereka supaya segera tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, memandangkan nombor pendaftaran sudah dikenal pasti ," katanya hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Disember 2023 @ 1:00 PM