Suharmin Yusuf


Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis kompaun terhadap premis perniagaan yang didapati menggaji pekerja asing tanpa permit di Jalan Mega Mendung, di sini, semalam.

Dalam kenyataan, DBKL memaklumkan isu pemilik perniagaan warga tempatan menggaji warga asing sudah lama berlarutan dan lebih buruk lagi warga asing yang digajikan tidak mempunyai permit bekerja.

"Pihak kami mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap majikan sebuah premis bertempat di Jalan Mega Mendung kerana memperkerjakan warga asing tanpa permit.

"Dua notis kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Penempatan Makanan (WPKL) 2016 (1)(b) dikeluarkan terhadap premis terbabit kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa permit bekerja yang sah," katanya.

Kenyataan itu berkata, peniaga perlu mematuhi peraturan dengan memastikan pekerja warga asing memiliki permit sah.

"Paling penting jangan pula nak untung atas angin dengan 'mengali babakan' lesen kepada warga asing," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Disember 2023 @ 12:12 PM