IBU Pejabat Polis Bukit Aman. FOTO NSTP
IBU Pejabat Polis Bukit Aman. FOTO NSTP
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran 42 pegawai kanannya, hari ini.

Setiausaha PDRM Deputi Komisioner Alzafny Ahmad berkata, kenaikan pangkat dan pertukaran itu akan berkuat kuasa 23 Januari depan.

Menurutnya, Komisioner Polis (CP) Pentadbiran Jabatan Pengurusan, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.

"Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Jabatan Pengurusan, Datuk Mohd Roze Shaari akan memangku pangkat CP manakala Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner (DCP) M Kumar yang turut memangku pangkat CP dilantik sebagai Ketua Polis Johor.

"Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Datuk Pahlawan Anuar Othman dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan dengan mengambil alih tempat DCP Gilberd Philip Layang yang bertukar sebagai Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi," katanya dalam kenyataan.

"Tempat Anuar pula digantikan oleh Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abu Samah Mohd Noor dengan memangku CP manakala tempat beliau digantikan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Adzli Abu Shah," katanya dalam kenyataan.

Selain itu, beliau berkata, Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), SAC Afandi Senin bertukar sebagai Timbalan Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat DCP.

Katanya, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner (ACP) Arifai Tarawe ditukarkan ke Ketua Penolong Pengarah (Siasatan/Perundangan/Kajian Kes) JIPS manakala tempat beliau digantikan Pengarah Keselamatan Universiti Malaya (UM), ACP Mohamad Hatta Che Din.

"Mereka yang turut dilantik Ketua Polis Daerah adalah ACP Helmi Aris sebagai Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Pulau Pinang; ACP Razlam Ab Hamid sebagai Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang; Superintendan (SUPT) Mohamad Nasir Ismail sebagai Ketua Polis Daerah Taiping, Perak.

"Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir pula dinaikkan pangkat memangku ACP sebagai Ketua Polis Daerah Gombak," katanya.

Pegawai kanan lain yang melalui pertukaran dan kenaikan pangkat adalah Datuk Zahib Sabari; ACP Roslan Alias; ACP Ng Kong Soon; ACP Rusley Chi Ari; ACP Haslah Bachok.

Selain itu, SUPT Abd Rahim Rahman; SUPT Mohd Faisal Mohd Noor; SUPT Julina Salehuddin; SUPT Mohd Hafiz Yaacob; SUPT Rahman Abdullah@Yacob; SUPT Shafiei Muhammad; SUPT Mohd Amirul Anbalagan Abdullah.

SUPT Noriha Mohamed; SUPT Mohd Zairi Badderul; SUPT Junainah M Kasbolah; SUPT Anuwal Ab Wahab; SUPT Kok Chai Fong; SUPT Fauzi Mohd Yusof; SUPT Fazidah Mohd Yusoff; SUPT Awang Arfian Awang Bujang; SUPT Abdul Razak Abu Bakar.

SUPT Wong Ting Lee; SUPT Khairul Azman Ariffin; SUPT Dasuki Che Driss; SUPT Azhari Nusi; SUPT Lai Lee Peng serta SUPT Nik Daud Raja Hussein.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Disember 2023 @ 11:17 PM