Kuala Lumpur: Kisah kematian Muhammad Zaharif yang meninggal dunia selepas dilanggar lari kenderaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, hangat diperkatakan rakyat Malaysia.

Berikut adalah kronologi kes berkenaan:

15 Disember 2023

- Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, meninggal dunia selepas dipercayai diseret kereta yang melanggarnya sejauh lebih lima meter, kira-kira 12.30 tengah hari.

- Kisah kematian Muhammad Zaharif hangat diperkatakan rakyat Malaysia yang mahu pegawai kanan polis didakwa menyebabkan kematian calon SPM itu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal.

- Pegawai kanan polis berusia 44 tahun ditahan berhubung kematian Muhammad Zaharif.

16 Disember 2023

- Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengarahkan siasatan kes kemalangan maut membabitkan Allahyarham Muhammad Zaharif dijalankan secara terperinci dan menyeluruh.

- Pegawai polis berpangkat deputi superintendan (DSP) direman tiga hari.

17 Disember 2023

- Keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif melantik peguam bagi menuntut pembelaan atas kematian mangsa.

- Peguam Negara memaklumkan pegawai kanan polis yang terbabit kes langgar sehingga menyebabkan kematian Muhammad Zaharif akan dituduh atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ipoh.

- Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keputusan mendakwa pegawai kanan polis itu menunjukkan bahawa siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah telus dan pegawai kanan polis berkenaan akan ditahan kerja.

18 Disember 2023

- Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, 44, didakwa membunuh Muhammad Zaharif. Dia mengangguk faham selepas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret S Punitha. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan pertuduhan di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi. Mahkamah membenarkan 7 Februari 2024 bagi sebutan semula kes.

- Petugas media kecewa kerana tidak dibenarkan membuat liputan secara bebas pertuduhan berkenaan. Jurugambar juga tidak dibenarkan memasuki halaman mahkamah kecuali petugas BERNAMA. Ketika dibawa memasuki dalam mahkamah, tertuduh disungkup dengan jaket untuk menutup wajahnya. Tertuduh juga menaiki kenderaan polis bercermin gelap untuk mengelakkan wajahnya dirakam.

Berita berkaitan:

DSP dituduh bunuh Zaharif Affendi

Keputusan Peguam Negara bukti siasatan polis telus - KPN

Bapa Zaharif belum jamah makanan sejak peristiwa hitam

Keluarga Zaharif lantik peguam, mahu siasatan ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

22 individu beri keterangan kes kematian pelajar dilanggar pegawai polis

'40 minit anak merintih macam ayam kena sembelih' - bapa

Keluarga minta pegawai penyiasat kes ditukar

Mohammad Zaharif bersiap untuk solat Jumaat sebelum dilanggar - Abang

'Nak tengok jenazah Zaharif pun saya tak mampu' - Ibu

'Saya sempat beri CPR, tapi adik sudah tidak beri tindak balas'

Muhammad Zaharif terseret lima meter selepas dilanggar

Pegawai kanan polis ditahan kes langgar pelajar depan sekolah

Polis siasat calon SPM maut dilanggar lari depan sekolah

Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie. FOTO Arkib NSTP
Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie. FOTO Arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Disember 2023 @ 3:24 PM