GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Gombak: Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan pelajar di kawasan Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri, Rawang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan dibuat pelajar Tingkatan Dua mendakwa dia dan rakannya dipukul.

Menurutnya, remaja berusia 14 tahun itu mendakwa dia bersama rakannya yang berada di kawasan Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri didatangi sekumpulan pelajar lelaki warga tempatan berusia lingkungan 15 dan 16 tahun.

"Mereka didakwa memukul pelajar berkenaan sebelum sehingga cedera. Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang manakala rakannya menerima rawatan di Hospital KPJ," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ariffin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

"Usaha mengesan kesemua suspek giat dilakukan polis dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Amirul Ashyraf Abu Hassan di talian 019-3491233.

"Mereka yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Disember 2023 @ 9:10 PM