KHAIRY, gambar fail. FOTO NSTP
KHAIRY, gambar fail. FOTO NSTP
Omar Ahmad


Iskandar Puteri: Keputusan untuk meneruskan penggunaan kanabis dalam bidang perubatan negara atau sebaliknya, terpulang kepada Menteri Kesihatan yang baru dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ada banyak kajian bagi tujuan itu sudah dijalankan pelbagai agensi termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini.

Katanya, rujukan kajian boleh dibuat Dr Zulkefly sebelum memutuskan pelaksanaannya.

"Saya berasa sudah banyak kajian dibuat pada zaman saya (ketika menjadi Menteri Kesihatan), jadi Dr Dzulkefly boleh sahaja rujuk kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk KKM.

"Dan seterusnya buat keputusan sama ada perkara itu (kanabis dalam perubatan) hendak diteruskan atau tidak," katanya ketika ditanya pandangan pelaksanaan penggunaan ganja dalam bidang perubatan negara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan Dewan Muda Johor sesi 2023 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Pada 25 Ogos tahun lalu, ketika menjawat jawatan Menteri Kesihatan pada lawatan kerja di Bangkok Thailand, Khairy memaklumkan kerajaan akan mengambil pendirian berhubung penggunaan kanabis dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun lalu dan dasarnya akan dilaksana tahun ini.

Namun, langkah itu seolah 'senyap' selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Pada 9 Jun tahun lalu, Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penanaman dan pemilikan kanabis untuk tujuan perubatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Disember 2023 @ 6:59 PM