KEADAAN banjir di Projek Penyusuan Semula Kampung (PPSK) Gunung Menerong yang ditengelami banjir. FOTO Nazdy Harun
KEADAAN banjir di Projek Penyusuan Semula Kampung (PPSK) Gunung Menerong yang ditengelami banjir. FOTO Nazdy Harun
Nazdy Harun

Kuala Berang: Terengganu dilanda banjir gelombang kedua dan daerah ini menjadi lokasi pertama yang terjejas akibat bencana itu selepas hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataannya berkata sehingga kini terdapat satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini.

"PPS di Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Gunung Menerong mula dibuka pada 10.20 pagi menempatkan 17 keluarga yang terdiri dari 85 mangsa," katanya.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat merah atau buruk di Terengganu bermula semalam hingga hari ini.

Sementara itu, portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula menunjukkan kebanyakan stesen bacaan di Terengganu menunjukkan trend peningkatan paras air sungai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Disember 2023 @ 1:02 PM