Nurul Hidayah Bahaudin


Kajang: "Saya tertekan dan trauma," kata kakitangan di Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mengenai isu penularan video perbualan lucah membabitkan dirinya pada 17 November lalu.

Abdul Wahab, 33, berkata, beliau mahu membersihkan namanya dan menuntut keadilan.

"Apa boleh saya katakan adalah saya tertekan dan trauma.

"Saya nak bersihkan nama dan tuntut keadilan," katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar perkarangan IPD Kajang, di sini, dengan ditemani peguam, Faizal Abd Rahman bagi membuat laporan serta mengambil keterangan, hari ini.

ABDUL Wahab bersama Faizal keluar selepas memberi keterangan berhubung penularan video perbualan lucah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. FOTO Aizuddin Saad.
ABDUL Wahab bersama Faizal keluar selepas memberi keterangan berhubung penularan video perbualan lucah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. FOTO Aizuddin Saad.

Mengulas mengenai status jawatannya di J-KOM, Abdul Wahab memaklumkan beliau tidak pasti mengenainya.

"Saya tak pasti lagi status jawatan di sana (J-KOM)," katanya.

Sebelum ini, rakaman video berdurasi tiga minit yang tular sejak 17 November lalu menjadi topik hangat di media sosial, berikutan terdapat individu mirip bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff bersama seorang lelaki.

Susulan itu, Mohammad Agus meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.

Pada sidang media khas berhubung isu itu, pegawai J-KOM yang dikaitkan dengan video tular itu iaitu Abdul Wahab mendakwa dirinya dijadikan kambing hitam untuk menjatuhkan Mohammad Agus oleh individu bernama Mr H.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 November 2023 @ 5:43 PM