KEADAAN Sungai Sembah yang dikesan mempunyai kadar kekeruhan air sehingga 595 NTU. FOTO Ihsan LUAS
KEADAAN Sungai Sembah yang dikesan mempunyai kadar kekeruhan air sehingga 595 NTU. FOTO Ihsan LUAS
Amirul Aiman Hamsuddin


Shah Alam: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan kekeruhan air susulan hujan lebat di kawasan lembangan Sungai Selangor, hari ini.

LUAS dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan pihaknya segera melakukan pemantauan di Sungai Sembah dan Sungai Selangor.

"Ia bertujuan menyemak jika terdapat kesan kepada kualiti air sungai.

"Semakan kemudian mengesan kadar kekeruhan sehingga 595 unit kekeruhan nefelometrik (NTU) yang direkodkan di Sungai Sembah, 7 petang tadi," katanya, di sini.

Sehubungan itu, Luas berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan pemantauan di sepanjang aliran sungai untuk mengenal pasti punca kekeruhan air sungai itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 November 2023 @ 9:42 PM