DBKL merobohkan gerai penjaja tanpa lesen di Jalan 19/70A Desa Sri Hartamas. FOTO Ihsan DBKL
DBKL merobohkan gerai penjaja tanpa lesen di Jalan 19/70A Desa Sri Hartamas. FOTO Ihsan DBKL
Suharmin Yusuf


Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan Operasi Pindah Halangan Struktur Gerai Struktur Gerak membabitkan perniagaan penjaja tanpa lesen di Jalan 19/70A Desa Sri Hartamas di sini, hari ini.

DBKL dalam kenyataannya di Facebook hari ini berkata, operasi merobohkan gerai penjaja tanpa lesen itu dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Malaysia (TNB).

"Tindakan diambil mengikut Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana menghalang laluan awam dan menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit," katanya.

Menerusi kenyataan sama, lokasi berdekatan, DBKL meletakkan planter box (pasu tanaman) di siar kaki yang sebelum ini dijadikan tempat berniaga penjaja tanpa lesen.

"DBKL juga akan menaik taraf kawasan itu sebagai kawasan hijau dengan landskap yang bersesuaian bagi mengelakkan ia dicerobohi pada masa akan datang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 November 2023 @ 4:54 PM