Zaid Salim


Kuala Terengganu: Mayat pelajar tahfiz yang lemas ketika mandi bersama tiga rakannya di Dataran Banggol Chempedak, di sini, ditemukan di dasar sungai pada jam 9.10 malam sebentar tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar, berkata Ahmad Mujahid Al-Faruqi Haimi, 15, ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) tersangkut pada pukat di dasar sungai kira-kira 30 meter dari tebing dengan kedalaman air lima meter.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

"Dua daripada mangsa yang selamat iaitu Engku Mohamed Fakhry Engku Mohamad Anuar, 16, dan Mohamad Wagiyuddin Rosdi, 14, dilaporkan dalam keadaan stabil manakala seorang lagi Mohd Abdul Rahman Mohd Soud, 15, ditidurkan," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan 13 anggota Bomba dan Penyelamat termasuk lima anggota PPDA, Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta penduduk kampung,"

Mayat pelajar tahfif ditemukan tersangkut pada pukat. FOTO Zaid Salim
Mayat pelajar tahfif ditemukan tersangkut pada pukat. FOTO Zaid Salim

Sementara itu, guru pengiring yang enggan dikenali berkata, seramai 16 pelajar dan dua guru pengiring ke dataran berkenaan untuk membuat persembahan Qasidah sempena Festival Warisan Air yang bermula hari ini hingga Ahad.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 November 2023 @ 11:25 PM