LOGO TikTok. FOTO Reuters
LOGO TikTok. FOTO Reuters
Reuters

Kuala Lumpur: Platform media sosial TikTok pada Jumaat berkata, dakwaan daripada kerajaan Malaysia bahawa ia menyekat kandungan pro-Palestin adalah "tidak berasas."

"Garis panduan komuniti kami digunakan secara sama rata untuk semua kandungan di TikTok, dan kami komited untuk menguatkuasakan dasar kami secara konsisten untuk melindungi komuniti kami," kata jurucakap TikTok menerusi e-mel kepada Reuters.

Malaysia pada Khamis memberi amaran kemungkinan tindakan terhadap firma media sosial TikTok dan Meta, mengatakan platform itu didakwa menyekat kandungan yang menyokong rakyat Palestin.

Meta pada Khamis berkata, "tiada kebenaran" kepada dakwaan itu, sambil menambah ia tidak sengaja menindas suara di platform Facebooknya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Oktober 2023 @ 12:59 PM