Rohaniza Idris

Shah Alam: Buat pertama kali dalam tempoh enam dekad, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir pada Muktamar PAS yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, tadi.

Kehadiran bersejarah itu selaku tetamu majlis itu disambut dengan laungan takbir perwakilan.

Kedatangan Dr Mahathir itu diumumkan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

"Selamat datang Tun Mahathir ke muktamar PAS," katanya yang ketika itu sedang menyampaikan ucapan.

Dr Mahathir kemudian ditempatkan di pentas muktamar bersama pemimpin PAS lain.

Turut hadir pada Muktamar PAS kali ini adalah Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin gabungan itu.

Kali pertama Dr Mahathir muncul di pentas PAS Julai lalu ketika ceramah parti itu ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang (tengah) bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga dari kiri) dan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga dari kanan) pada Perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam. FOTO FAIZ ANUAR

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Oktober 2023 @ 11:56 AM