Gambar hiasan
Gambar hiasan
Omar Ahmad


Johor Bahru: Seorang warga emas berputih mata apabila menanggung kerugian hampir RM600,000 selepas membuat pelaburan mata wang digital kripto dengan syarikat tidak wujud, akhir Mei lalu.

Warga emas yang mahu dikenali sebagai Phang, 68, mendakwa hanya menyedari dia tertipu selepas mahu mengeluarkan wang keuntungan yang kononnya mencecah AS$1.4 juta (RM7 juta) dari aplikasi pelaburan digital pada Rabu lalu.

Dia mendakwa, syarikat pelaburan berkenaan, Yomaex Crypto Market tidak membenarkan pengeluaran wang keuntungan itu kerana mendakwa terdapat unsur cuci wang.

"Saya mengetahui mengenai pelaburan ini selepas mengenali Cikgu Pelaburan di Facebook, kerana pelaburan saham disertai tidak menunjukkan peningkatan.

"Saya ingin mendapatkan pandangan sama ada mahu teruskan atau menjual saham itu, kemudian Cikgu Pelaburan itu memperkenalkan pelaburan wang digital kripto ini dan mempengaruhi saya hingga mengeluarkan hampir RM600,000 dengan 20 transaksi ke atas 12 akaun bank berbeza.

"Dalam tempoh tiga bulan saya sudah beberapa kali mendapat keuntungan, namun ada juga rugi hingga terpaksa meminjam wang dari isteri dan keluarga bagi meneruskan pelaburan itu," katanya ketika ditemui di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Liow Cai Tung di sini, semalam.

Phang berkata, pada 3 Oktober lalu, pelaburannya melonjak sehingga memperoleh keuntungan AS$1.4 juta (RM7 juta).

Katanya, dia mahu mengeluarkan wang terbabit kerana mahu membayar hutang dan membaikpulih rumah, bagaimanapun pihak syarikat tidak membenarkannya.

"Pada 4 Oktober lalu, saya mendapat satu surat dari syarikat ini yang menyatakan terdapat unsur mencuci wang dalam akaun rakyat Malaysia (termasuk saya). Jika hendak membuat pengeluaran perlu memasukkan wang sebanyak RM200,000 ke akaun yang ditetapkan.

"Saya kemudian tersedar sudah ditipu dan memberitahu Cikgu Pelaburan supaya memulangkan duit modal pelaburan sebanyak RM600,000, tetapi mereka memberi pelbagai alasan.

"Saya membuat laporan polis di Balai Polis Larkin Sabtu lalu," katanya.

Sementara itu, Liow berkata hasil semakan mendapati 11 akaun yang digunakan mangsa untuk melakukan transaksi wang pernah dilaporkan dalam carian keldai akaun.

ditetapkan.

"Saya kemudian tersedar sudah ditipu dan memberitahu Cikgu Pelaburan supaya memulangkan duit modal pelaburan sebanyak RM600,000, tetapi mereka terus memberi pelbagai alasan.

"Saya membuat laporan polis di Balai Polis Larkin Sabtu lalu," katanya.

Sementara itu, Liow berkata hasil semakan mendapati 11 akaun yang digunakan mangsa untuk melakukan transaksi wang pernah dilaporkan dalam carian keldai akaun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2023 @ 2:17 PM