ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah bas di  Jalan Tandang. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah bas di Jalan Tandang. FOTO Ihsan Bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


Petaling Jaya: : Lapan penumpang yang menaiki sebuah bas Rapid KL berdepan detik cemas apabila kenderaan itu terbakar ketika melalui Jalan Tandang, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, pemandu bas berkenaan sempat memberhentikan kenderaan terbabit di tepi tiang elektrik jalan itu sebelum semua penumpang berjaya menyelamatkan diri.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11.17 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan sebuah bas Rapid KL yang terbakar 90 peratus.

"Bas dalam keadaan bergerak ketika itu ada lapan penumpang sebelum seorang daripada mereka menyedari berlaku kebakaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Oktober 2023 @ 12:46 PM