MAYAT lelaki ditemui rentung dalam kebakaran rumah pangsa di Batu Gong, Jalan Kuching-Serian. FOTO Ihsan JBPM
MAYAT lelaki ditemui rentung dalam kebakaran rumah pangsa di Batu Gong, Jalan Kuching-Serian. FOTO Ihsan JBPM
Mohd Roji Kawi

Kuching: Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah pangsa di Batu Gong, Jalan Kuching-Serian, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat mangsa ditemui di dalam bilik tidur utama rumah berkenaan.

Bagaimanapun katanya, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

"Kami menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.02 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan serta BBP Batu Lintang dikerah ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi didapati bilik tidur utama terbakar sepenuhnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, seorang wanita berusia 46 tahun cedera ringan di tangan dalam kejadian itu.

"Pegawai forensik kebakaran masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2023 @ 3:58 PM