AHMAD Yakob. FOTO arkib NSTP
AHMAD Yakob. FOTO arkib NSTP
Nor Fazlina Abdul Rahim dan Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka akan mengangkat sumpah pada Selasa ini.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, calon Menteri Besar yang baharu akan dibincangkan malam ini atau esok.

"Kita akan bincang berhubung calon Menteri Besar malam ini atau esok, Insya-Allah majlis angkat sumpah akan diadakan Selasa ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Kemenagan Perikatan Nasional (PN) Kelantan di sini, malam ini.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Bersatu, Datuk Kamaruddin Md Noor.

Terdahulu, kepemimpinan Pas Kelantan akan menyerahkan tiga nama calon Menteri Besar kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebaik keputusan PRN diketahui malam ini.

Ahmad berkata, pemilihan calon akan diputuskan Abdul Hadi sebelum dipersembahkan kepada Sultan Kelantan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2023 @ 12:08 AM