KHAIRUL Aming tidak ketinggalan keluar mengundi, hari ini. FOTO Ihsan IG Khairul Aming
KHAIRUL Aming tidak ketinggalan keluar mengundi, hari ini. FOTO Ihsan IG Khairul Aming
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Meskipun bangun lewat, pempengaruh media sosial, Khairul Aming tidak ketinggalan keluar mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai rakyat Kelantan.

Khairul Aming berkongsi pengalamannya itu menerusi hantaran video dimuat naik di Instagram Story (IG Story).

Dalam video berkenaan, Khairul turut menunjukkan suasana pusat pengundi yang agak lengang.

"Hari ini datang mengundi kosong, tiada orang," katanya dalam video berkenaan.

Dalam hantaran berasingan, Khairul Aming menunjukkan jarinya yang dicelupkan dengan dakwat.

Khairul Aming turut memberitahu yang proses mengundinya selesai dalam tempoh tidak sampai lima minit saja.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2023 @ 6:05 PM