FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Raja Noraina Raja Rahim


Ampang: Lapan lelaki disyaki terbabit pergaduhan antara dua geng motosikal di restoran di Pandan Indah, di sini, disambung reman semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek berusia 19 hingga 33 tahun itu direman tiga hari lagi.

"Reman disambung tiga hari sehingga Selasa ini," katanya semalam.

Terdahulu, kesemua suspek yang ditahan polis pada Rabu lalu, kerana disyaki terbabit pergaduhan direman empat hari bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam Selasa lalu, dua geng motosikal dikatakan mengadakan pertemuan di restoran berkenaan selepas tidak puas hati disindir di laman sosial TikTok.

Ketika pertemuan itu berlaku perselisihan sehingga menyebabkan berlaku pergaduhan menggunakan topi keledar dan kerusi.

Polis yang menerima laporan ke lokasi dan tangkapan dijalankan bermula 11 malam hingga 3.10 pagi selain turut merampas topi keledar serta kerusi yang digunakan semasa kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun.

Rakaman video kejadian pergaduhan itu turut tular di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Ogos 2023 @ 4:29 PM