Nor Fazlina Abdul Rahim dan Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Tidak sampai beberapa jam mengumumkan peletakan jawatan dan keluar dari Umno, Afiq Amani Annuar malam ini mula menghadiri ceramah umum Perikatan Nasional (PN) Pakat Pertahan Parlimen Ketereh.

Bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Ketereh itu kelihatan tiba jam 10.05 malam sambil mengiringi Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Anak kepada Tan Sri Annuar Musa hadir dengan memakai songkok dan baju batik berwarna biru.

Turut hadir Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Annuar dan calon Pas Dewan Undangan Negeri (Dun) Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi.

Terdahulu, Annuar pada sidang media khas mengumumkan Afiq Amani antara yang keluar UMNO berkuat kuasa hari ini.

Selain Afiq Amani, jawatankuasa Umno Cawangan Cabang Tiga Haji Musa juga secara rasmi terbubar selepas 20 kepimpinannya mengumumkan peletakan jawatan, hari ini.

AFIQ Amani ketika hadir ke Ceramah Umum Parlimen Ketereh di Komplek YKK Pangkal Kala. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
AFIQ Amani ketika hadir ke Ceramah Umum Parlimen Ketereh di Komplek YKK Pangkal Kala. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Ogos 2023 @ 10:41 PM