ZAMREE (dua kanan) menerima notis kekosongan DUN Pelangai daripada Mohd Sharkar (dua kiri) di Wisma Sri Pahang. FOTO Farizul Hafiz Awang
ZAMREE (dua kanan) menerima notis kekosongan DUN Pelangai daripada Mohd Sharkar (dua kiri) di Wisma Sri Pahang. FOTO Farizul Hafiz Awang
Asrol Awang


Kuantan: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, hari ini menyerahkan notis kekosongan DUN Pelangai kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun.

Notis itu diserahkan kepada Pengarah SPR Pahang, Datuk Zamree Hamli di Wisma Sri Pahang di sini, 11.20 pagi tadi.

"Ibu pejabat SPR dijangka mengadakan mesyuarat khas minggu ini bagi menetapkan tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai," kata Zamree.

SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kerusi itu.

Johari antara 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Allahyarham Johari menang dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (Perikatan Nasional), Kasim Samat, Ahmed Wafiuddin Shamsuri (Pakatan Harapan), dan Isa Ahmad (Pejuang).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2023 @ 12:23 PM