Anggota polis BSJN IPD Penampang melakukan ujian air kencing ke atas pengunjung sebuah pusat hiburan di Penampang. FOTO IHSAN PDRM
Anggota polis BSJN IPD Penampang melakukan ujian air kencing ke atas pengunjung sebuah pusat hiburan di Penampang. FOTO IHSAN PDRM
Juwan Riduan


Penampang: Empat individu yang berada dalam keadaan 'khayal' antara pengunjung yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Pintas, di sini, hari ini.

Mereka berusia 19 hingga 29 tahun itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan bermula kira-kira 12 tengah malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Sammy Newton berkata, seramai 21 pengunjung terdiri daripada 20 lelaki dan seorang wanita diperiksa dalam operasi itu.

"Saringan ujian air kencing mendapati empat pengunjung positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, operasi diadakan sebagai rutin pemeriksaan bagi membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Julai 2023 @ 3:11 PM