ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah lori kontena di Kilometer 12.8 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), hari ini. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah lori kontena di Kilometer 12.8 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Subang Jaya: Pemandu lori kontena terselamat selepas kenderaan itu terbakar di Kilometer 12.8 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6 petang.

"Dua jentera dan satu 'water tanker' dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, BBP Puchong dan BBP Kota Anggerik dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi, satu lori kontena yang membawa muatan biji plastik didapati terbakar," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kebakaran membabitkan bahagian belakang lori kontena yang terbakar 100 peratus.

"Pemandu lori berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan lanjut berhubung punca kebakaran kenderaan itu sedang dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Julai 2023 @ 8:02 PM