ANWAR tiba di Menara Dato Onn bagi menghadiri mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.
ANWAR tiba di Menara Dato Onn bagi menghadiri mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini bagi menghadiri mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan, hari ini.

Turut hadir, Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof yang dilihat memasuki Menara Dato Onn pada 8.10 malam tadi.

Sebelum itu, beberapa pemimpin gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tiba di pekarangan Menara Dato Onn, di sini pada 7.50 malam.

Antaranya, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Naib Ketua Wanita PBB, Datuk Seri Nancy Shukri; Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak, Datuk Seri Tiong King Sing dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Mesyuarat dijangka membincangkan beberapa isu besar terutama Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Julai 2023 @ 9:24 PM